PENGENALAN

             Jabatan Sains MRSM Besut dianggotai oleh 11 orang tenaga pengajar dan 8 orang tenaga sokongan yang terdiri daripada 1 orang pembantu makmal kanan dan 7 orang pembantu am rendah (makmal). Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan iaitu En Azmi bin Jusoh dan dibantu oleh 11 orang guru matapelajaran iaitu Sains, Fizik, Biologi dan Kimia serta seorang ketua unit makmal. 

MATLAMAT

  • Membimbing Pelajar Ke Arah:
  • Kecemerlangan Akademik
  • Kesempurnaan sahsiah
  • Ketakwaan kepada Yang Maha Esa (Allah SWT)

OBJEKTIF

  • Mewujudkan pengurusan Jabatan Sains yang berkesan
  • Mempastikan pengajaran subjek Sains tulen dapat dijalankan seiringan dengan perancangan yang ditetapkan
  • Mempastikan tugasan yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan sesempurna yang mungkin
  • Memantau agar persefahaman serta 'love and care' sentiasa berlaku sesama unit, sesama guru, guru dengan kakitangan makmal, sesama kakitangan makmal, guru dengan pelajar dan sesama pelajar
  • Mempastikan moto jabatan ' Kerja Teliti 'Collaboratively' Hasil berkualiti ' menjadi realiti