PILIHANRAYA UMUM BWP

Satu pilihanraya yang dikenali sebagai Pilihanraya Umum BWP hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas tarikh Persidangan Agong Tahunan diadakan. Pilihanraya tersebut hendaklah dijalankan di bawah kelolaan Suruhanjaya Pilihanraya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Garis Panduan

  • Sebanyak 14 kerusi anggota Jawatankuasa Kerja(EXCO) BWP akan dipertandingkan
  • Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pengetua sahaja layak bertanding
  • Jika bilangan calon yang memohon untuk bertanding atau dicalonkan bertanding melebihi daripada 25 orang ,maka satu temuduga perlulah diadakan di bawah kelolaan Guru Penasihat dan Penolong Pengetua HEP untuk memilih yang terbaik
  • Aktiviti kempen dan penyampaian/persembahan "manifesto" oleh calon mestilah dibuat mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengetua melalui Suruhanjaya Pilihanraya
  • Aktiviti kempen hanya dibenarkan sebaik berakhirnya Persidangan Agong sehingga tarikh pilihanraya dijalankan
  • 14 calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan menang dan akan dilantik oleh pengetua melalui guru penasihat yang berkenaan memegang jawatan yang difikirkan sesuai dalam Jawatankuasa BWP dalam tempoh 12 hari
  • Jika ada apa-apa bantahan berkaitan dengan perjalanan pilihanraya,ianya hendaklah dikemukan secara bertulis kepada pengetua dalam masa 24 jam selepas piliharaya diadakan.


Kriteria Pemilihan

  • Prestasi akademik yang cemerlang dengan PNG > 2.50
  • Penampilan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan
  • Mempunyai pengalaman kepimpinan
  • Budipekerti dan sahsiah yang baik dan mulia
  • Berketrampilan serta cemerlang dalam kokurikulum dan sukan